Terima kasih kerana melahirkan ku,
Menyambung nyawa kerana nyawa ku,
Walau aku belum mengerti,
Hanya tangisan tanda sapaan..
Terima kasih kerana memelihara
Dari terlentang hingga meniarap,
Dari berjalan hingga berlari,
Dan nama mu ku ucap setiap hari..
Terima kasih kerana mendidik ku,
Berkorban wang menyuap ilmu,
Buat bekalan untuk diri ku,
Menghadapi masa mendatang yang penuh liku..
Terima kasih ibu...
Walau kini engkau tiada,
Bersemadi dalam pusara,
Namun doa tetap ku panjatkan,
Agar diri mu dalam kerahmatan...
~ZNA~
~ZNA~
No comments:
Post a Comment