Salam semua.. ari ni sy nak kongsi sikit masalah mata ..sesape yg mengalami masalah mata sakit ni jom kite tgk ape masalah dan punca2 mata sakit...
Pernahkah korang mengalami keadaan di mana apabila korang bangun dr tido, mata korang berair dan kemerah - merahan? ditambah pulak dgn rase pedih. Sakitnye ! Lebih2 lg wat korang yg gemar mengenakan kanta lekap dan solekan pd bahagian mate..
Akibat terlalu letih, kamu lupa untuk membuang segala eksesori tambahan itu dan terus tido. Awas, jangan amalkan perbuatan tersebut tau ! Mata adalah organ yg cukup sensitif. Jika kamu tidak mengambil berat tentang kesihatan mate, jangkitan kuman akan menghampiri pancaindera kamu itu dan akan menyebabkan masalah lebih serius bakal berlaku..
Jangkitan kuman pada mata boleh berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya akibat pemakaian kanta lekap atau kosmetik. Jika di jangkiti, mata seseorang tu akan menunjukkan tanda2 seperti :
*Kemerahan dan berlakunya pengeluaran air mata atau cecair berlendir.
*Berasa tidak selesa seperti ada pasir di dalam mata
*Lebih teruk lagi, penglihatan menjadi kabur dan permukaan mata terkoyak sehingga seseorang itu tidak dapat buka mata yg di jangkiti..
Jangan menggosok mata bila mata terasa gatal..
kondisi mata yang normal dan tidak normal..
JangkitaN kuman pd mate dan alahan adalah berbeza same sekali. Kes alahan akan menyebabkan seseorang itu berasa gatal pada mate nye dan cederong tuk menggosok mata mereka.. Ia berkaitan dengan genetik tapi tidak berjangkit. Alahan boleh disebabkan oleh lelah dan resdung. Golongan yg cenderung mendapat alahan adalah kanak2..
Dua jenis penyakit kulat yang kebiasaan nye berada di kawasan mata iaitu :
*Staphylococcus
*Diphteroids
Tips ! cuci solekan mata...
Buat kamu yg gemar bersolek di bahagian mata, pastikan kamu mencuci mata menggunakan syampu bayi yang di letakkan pada putik kapas. Lap kelopak mata perlahan2 untuk menanggalkan solekan mata...
Itu saje entri sy ari ni.. semoga ianya dapat memberi kan manfaat kepada anda semua..
jom..memiliki mata yang sihat.. !! ~ZNA~




























































