Salam dan Selamat Sejahtera guys.. penat asik wat blog sal kete je kan.. sebagai wanita, dgn bangga nye i nak bg tips kat awekz2 kat lua sane yang kaki make-up..girl mesti ade pelbagai rase bile ke pesta tambahan lg bile pesta tersebut agak istimewa. Rasa takut, gementar berdebar-debar dan teruja semua nye menguasai diri. Mane la tahu kan pesta ini bakal menemukan u all dgn si dia.. Namun dlm perasaan bercampur baur ini masalah yang sering di hadapi adalah peluh yang x terkawal hingga membuatkan make-up u all luntur dan berubah menjadi kumpulan minyak dan membuatkan kulit wajah u all sangat teruk..Sekiranya u all x nak perkara ini berlaku, pastikan u all melakukan 5 perkara nie sebagai persediaan ke pesta !
1) Air suam..
Bersihkan muke dgn air suam tuk memastikan kulit bersih dan bebas drpada minyak. Menggunakan air suam lebih baik dr air sejuk kerana air suam leh membaiki keadaan kulit wajah dan membuat pengeluaran minyak berkurangan serta membersihkan pori-pori yang tersumbat akibat kotoran..
2) Pembersih yang nyaman..
Seterusnye gunakan pembersih muka untuk membersihkan wajah..Menghilangkan lebihan minyak serta sel-sel kulit mati yang telah terperangkap sehingga menyebabkan kotoran di permukaan wajah..
3) Gunakan penyegar..
Agar kulit wajah terasa lebih sejuk..Tepuk2 lah secara lembut menggunakan kapas yang di basahi dgn penyegar..Mengaplikasikan penyegar tidak hanya meninggalkan kesan mendiginkan tetapi juga membuat kulit wajah lebih solid dan membebaskannya dari segala bentuk masalah kulit. Penyegar juga berfungsi mengimbangkan situasi kulit u all dan merapat kan pori-pori. Ini memudahkan pemakaian make-up..
4) Lembapkan kulit..
Menjadikan kulit lebih lembap akan membantu dan memudahkan kamu mengaplikasikan make-up. Ini kerana kulit yang lembap akan lebih mudah disolek. Oleh itu, langkah terbaik adalah mengaplikasikan pelembap di wajah sebelum bersolek. Pelembap juga akan menjaga kulit agar tetap sihat di bawah make-up yg tebal..
5) Bibir cantik..
Paling penting ialah memastikan kamu menyingkirkan semua lapisan yg kering pd bibir. Gunakan berus gigi yang telah basah untuk memberus bibir dgn lembut, hingga kekeringan tersebut mengelupas. Kemudian untuk menciptakan penampilan yang lebih lembut, oleskan bibir dgn pelembap. Setelah itu, memakai lipstik atau pengilat akan menjadi lebih mudah dan tekstur bibir kamu akan nampak begitu menarik..
Sekian 5 tips yg dapat di kongsikan tuk wanita2 di luar sane.. harap u all dapat ikut petua2 nie...
okeh.. bye,, jumpa lagi di episod kecantikan akan dtg.. =) ~ZNA~





No comments:
Post a Comment